KaMi BuDaK SuKaN

KaMi BuDaK SuKaN
HePpY aLwaYs

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 8, 2011

tugasan blog

Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada para penonton. Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang sukan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan. Oleh itu, kejayaan sesuatu sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit semata-mata tetapi juga pada faktor-faktor lain. Pengetahuan mengenai sains dan teknologi membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk mencapai sesuatu kecemerlang dalam bidang sukan.

Teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan. Dalam teknologi ICT seperti video, televisyen, internet dan kamera serta satelit komunikasi lain yang membolehkan teknik-teknik sukan dapat dikesan dengan baik bagi kemudahan untuk masyarakat mempelajarinya. Contohnya, menyiaran acara sukan secara langsung di televisyen serta boleh melayari internet bagi golongan yang sibuk bekerja ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan. Membuat pengiklanan besar juga boleh membiayai bayaran-bayaran kepada ahli-ahli sukan. Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan yang lebih professional dan digeruni oleh atlet-atlet dari negara lain.

Sistem pemakanan yang seimbang yang memenuhi keperluan seseorang atlit dapat membantu meningkatkan pencapaian atlit-atlit sukan. Pengurus dan atlet itu sendiri perlu menjaga pemakanan dengan melihat kepada jenis pemakanan dan kuantiti mengikut jenis sukan. Contohnya, atlit sukan tidak boleh mengambil makanan yang terlalu banyak mengandungi lemak dan makanan yang berat. Pengambilan makanan yang betul dan seimbang boleh meningkatkan daya saing dan kekuatan kepada atlit semasa tempoh pertandingan bermula. Seseorang ahli sukan perlulah mempunyai bebrapa jenis makanan seimbang dalam badan, antaranya karbohidrat, protein dan vitamin bagi meningkatkan tenaga dalam badan mereka.

Semua jurulatih dan atlet perlu memiliki pengetahuan sains sukan yang sewajarnya. Contohnya, dalam bidang sukan bola sepak, jurulatih atau atlit perlu dihantar untuk mengikuti kursus berkaitan sains sukan dan mewajibkan jurulatih memiliki sijil yang diiktiraf berkaitan sains sukan, bukan dilantik berdasarkan pengalaman sahaja. Hal ini, jurulatih tidak akan dipandang sinis oleh masyarakat kerana kebanyakkan masyarakat amat meminati sukan bola sepak.

Penggunaan ubat-ubatan dam vitamin juga merupakan salah satu teknologi dalam sukan. Kebanyakkan atlit sukan mengambil ubat-ubatan bagi menambah tenaga mereka dan sekaligus memenangi acara yang dipertandingkan. Pengambilan perubatan dihadkan kepada atlit supaya mereka tidak menyalahgunakan ubat-ubatan tersebut. Manakala pengambilan dadah tidak dibenarkan dalam bidang sukan suapaya para atlit dpaat bertanding secara sihat dan adil. Contohnya, dalam sukan angkat berat, tinju dan sebagainya. Sebelum pertandingan para atlit akan membuat ujian kardiovaskular supaya tidak berlaku sebarang kecederaan semasa pertandingan dijalankan.

Teknologi dalam sukan yang dapat diterapkan kepada masyarakat juga adalah melalui peralatan sukan. Penggunaan alat sukan yang selamat dapat menjamin keselamatan para atlit sukan. Penggunaan alat sukan juga perlu mangambilkira tentang umur, jantina dan jenis sukan bagi mengelak daripada sebarang kesulitan terhadap atlit sukan.

Sains dan teknologi tetap penting untukkemajuan bidang sukan. Teknologi sukan membolehkan para atlit menjadi sempurna dari segi fizikal dan mental dan meningkatkan kecemerlangan dalam dunia sukan. Sokongan daripada semua pihak juga mampu menjayakan matlamat yang dijangkakan. Keberkesanan langkah ini akan member manfaat kepada kita.

Rujukan : http://www.scribd.com/doc/48297057/Sains-Dan-Teknologi-Dalam-Memajukan-Sukan

http://dreamcometrue.5d6d.com/thread-1066-1-1.html

http://khirjohariamajid.blogspot.com/2010/06/latihan-esei.html

http://wiki.answers.com/

http://www.isn.gov.my/index.php?

ZUHASNITA BINTI MAT JARI

A129456

Zuhasnita89@yahoo.com